Cara mengenal wanita dari cara berjalan :
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak
tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah
wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung
perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal
dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka
membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang
dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati,
kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti
ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap
wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan
teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya.
Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita
seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan
orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan
rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya.
Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita
dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan.
Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati
lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya
memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan
imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika
anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya
teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita
seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang
berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah
yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil.
Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk
diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak
persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan
dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan
sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang
lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki
pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap
terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang
berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki
,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis
ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah
tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah
menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah
mengalirkan air mata.
Jumat, 20 November 2015
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar