Memandang matanya adalah salah satu tips untuk menjadi pendengar yang baik .
Ramai lelaki gagal dalam menjadi pendengar yang baik. Apabila
pasangan mereka meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, lelaki
akan suka ‘potong’ dan menghilangkan mood pasangan mereka. Ini
menyebabkan wanita terus tertekan dan akhirnya perhubungan menjadi
semakin renggang dan menyebabkan perpisahan.
Sebagai seorang lelaki, anda akan mendengar dan memberikan sepenuh
tumpuan kepada apa yang ingin beliau sampaikan. Hanya dengan mendengar,
anda akan membuatkan si dia kembali ceria dan happy. Kerana dalam
hatinya, si dia tahu yang anda ada untuk mendengar luahan hati dan
perasaannya.
Tetapi, bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik kepada wanita?
Berikut merupakan 7 tips yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan
anda semua…
1. Berikan perhatian sepenuhnya – Apabila si dia
mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala
perbuatan anda dan dengar dengan teliti setiap apa yang si dia ingin
katakan. Walaupun terdapat gadis yang lalu-lalang di sebelahnya, jangan
sesekali menjeling ke arah gadis tersebut. Saya tahu perangai anda,
kerana saya juga seorang lelaki.
2. Pandang matanya – Ketika si dia sedang bercakap,
pandang matanya. Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin
disampaikan. Itu akan membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan
cerita atau luahan perasaan kerana anda ada untuk mendengarnya.
3. Jangan berikan pendapat – Apabila si dia meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai contoh, “Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu.” Jangan pula anda berikan pendapat, “Ala…biarlah dia nak jatuh ke, nak tergolek ke. Bukan awak susah pun…”.
Ini adalah sangat-sangat mematikan mood pasangan anda. Si dia hanya
ingin meluahkan perasaan dan bukannya meminta pendapat anda. Jadi,
jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.
4. Bertanyakan soalan – Untuk menaikkan lagi mood si
dia bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang
dicerita. Ini menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si
dia kongsikan. Saya guna contoh yang sama seperti di atas, “Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu.” Soalan yang boleh anda tanya, “La…macam mana dia boleh jatuh?”.
5. Berikan sokongan kepadanya – Sekiranya pasangan
anda sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja
apa yang si dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak
kepadanya. Dan jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu
pula. Ini akan menunjukkan yang anda tidak menyokong dirinya dan
menyebabkan si dia bertambah marah.
6. Ulang semula apa yang dikatakan – Anda juga boleh mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya. Contoh yang sama, “Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu.”
Apa yang anda boleh buat adalah, “La…kesian pakcik tu jatuh tangga…”.
Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita selepas mendapat tahu
yang anda sedang mendengar ceritanya.
7. Diam dan jangan berkata apa-apa – Tetapi, jika
topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah
lebih baik anda berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda
tahan telinga dan mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia
luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia
lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.
Mudah bukan untuk menjadi seorang pendengar yang baik? Apa yang perlu anda buat hanyalah, mendengar. Itu saja.Perempuan akan rasa diri mereka disayangi apabila luahan perasaannya
didengari oleh pasangan. Sekiranya pasangan anda sedang bercerita atau
meluahkan perasaan, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadilah
pendengar yang baik, kerana itulah salah satu resepi untuk membina
percintaan yang bahagia selamanya…
Jumat, 20 November 2015
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar