Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak
kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah
batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi
pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang
disemai bersama.
Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki
juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya.
Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan
perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.
Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…
Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk
menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik
perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa
dia sedang cemburu.
Indeks: xxx
Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain
dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat
memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi
seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx
Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang
yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa
jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk
menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan
segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari
mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx
Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan
ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya
menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam
dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan
kepadanya.
Indeks: xxxx
Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja.
Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci
akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang
untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih.
Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan
lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx
Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak
akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini
adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak
selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan
tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti
akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx
Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu
kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka
dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan
perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan
perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx
Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai
hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi
perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai
kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx
Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu
akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang
baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih
akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x
Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah
yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta
sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang.
Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan
menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx
Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan
cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti
perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda.
Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang
sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx
Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri
di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan
tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini
pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Jumat, 20 November 2015
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar