Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan
perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single
ROCKS!!!
1. Bebas dan berdikariJika terasa ingin membeli
belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh
membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks
seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail
rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja
kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang
diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru
tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.
2. Jadi rakan yang baikSememmangnya tanpa
kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama
rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di
rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali
diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola
atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih
berfaedah dengan rakan baik.
3. Lebih banyak masa berkualiti di rumahIbu bapa
sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai
boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai
rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama
mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di
hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu
sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah
mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.
4. Kuat keuntungan dengan part-timeDengan banyak
masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi
wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda
bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.
5. Jimat kosBila berdating, perbelanjaan akan
meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan
digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar
negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan
fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja,
anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih,
ulang tahun dan sebagainya.
6. Kurang beban tanggungjawabAnda tidak perlu
risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga
tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif
terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab
pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa
gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.
Jumat, 20 November 2015
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar