Cinta tidak akan datang dengan sendiri jika ia tidak dicari. Jika anda berkata, “Belum ada jodoh lagi”, jadi kenapa anda pergi temuduga untuk mendapatkan kerja? Kenapa tidak duduk di rumah sahaja dan bercakap, “Belum ada rezeki lagi” dan mengharapkan kerja datang mencari anda? Fikir-fikirkanlah dan selamat berehat di hujung minggu..Betul atau tidak apa yang kami katakan?
Segala benda yang kita inginkan, kita perlu berusaha. Even semenjak kita kecil lagi untuk mendapatkan susu dari ibu kita pun, kita akan menangis untuk memanggil ibu kita. Untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pun, kita perlu bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam. Untuk mendapatkan menjadi seorang pekerja yang terbaik pun, kita perlu menyiapkan segala kerja yang diberikan.
Tetapi kenapa apabila timbul soal cinta dan jodoh, kita terus mengatakan “Belum ada jodoh lagi”? Kenapa pada awal-awalnya kita tidak diamkan diri sahaja dan mengharapkan ibu kita datang untuk memberikan susu? Kenapa kita tidak berhibur sahaja setiap masa dan mengharapkan kita akan berjaya dalam peperiksaan? Dan kenapa kita tidak duduk diam sahaja di rumah dan mengharapkan akan ada rezeki pekerjaan untuk kita?
Segala benda yang kita mahukan mestilah perlu ada usaha. Termasuklah dengan bercinta.
Jika anda mengatakan anda tidak ada jodoh dan masih tidak mempunyai pasangan, fikir-fikirkanlah adakah anda sudah berusaha untuk mendapatkannya? Adakah anda sudah berdoa memohon kepada Allah SWT untuk memberikan anda petunjuk dan jalan mencari jodoh anda?
Lihat! Even untuk mendapatkan jodoh pun kita perlu berusaha untuk berdoa memohon kepada Allah SWT agar kita diperolehkan jodoh.
Jadi, jika anda masih lagi keseorangan dan mengharapkan jodoh datang terjelepuk di sebelah anda, fikirkanlah semula. Anda perlu berusaha untuk mendapatkannya. Cinta perlu dicari kerana ia tidak akan datang bergolek dengan sendiri.
Kami doakan semoga anda berjumpa dengan seorang pasangan yang terbaik untuk anda dan mudah-mudahan segala urusan anda akan dipermudahkan olehNya yang Maha Berkuasa. Aminnnn…
0 komentar:
Posting Komentar